Anda Tak Perlu Menjadi Kaya Untuk Menakhluk Dunia!

Wednesday, December 5, 2012

Belajar mensyukuri nikmat ALLAH



"Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara manusia yang bersyukur."  
(As-Sajadah: 9) 

Dewasa ini byk sgt bencana alam yg melanda. Peperangan, gempa bumi, banjir, kebuluran...tp disebalik semua bencana yg berlaku pernahkah kita terfikir hikmah disebalik semua yg telah direncanakan oleh Allah?
 
dan apabila melihat org lain mendapat musibah, kita hanya mampu berkata "kesiannya, apa boleh bt sudah ketentuan Allah..." Tp bila kita pula di timpa musibah, ada sesetengah org menyalahkan takdir. Siapa yg tentukan takdir kita? ALLAH S.W.T. Marah kt Allah ke? MasyAllah...moga di jauhkan..Namun sekiranya kita memperhalusi setiap musibah yg berlaku pasti kita akan menemui sesutau...Allah ingin memberitahu kita sesuatu..
"Kenapa saya miskin tp dia kaya? Kenapa dia cantik saya tak cantik? Kenapa dia pandai tapi saya bodoh? Kenapa dia ada itu, tp saya tidak ada?" Mungkin ini di antara konflik yg sering membelenggu kita. 
Mungkin Allah jadikan kita miskin agar kita akan sentiasa bersyukur dgn nikmat Allah. Walau sedikit tp amat bermakna. Mungkin Allah jadikan kita kurang cantik sbb Allah nk jauhkan kita daripada cinta lelaki2 yang hanya berlandaskan kpd kecantikan semata-mata. Mungkin Allah jadikan kita kurang pandai agar kita akan lebih gigih berusaha untuk mencapai cita-cita dan tidak mensia-siakan setiap detik waktu yang ada. Nampak tak hikmahnya? jika kita memperhalusi dgn lebih dalam lagi, lebih banyak hikmah yang kita akan terokai.
 
Sesungguhnya kita sangat bernasib baik jika di bandingkan dengan orang-orang yang lebih menderita diluar sana. BERSYUKURLAH kita masih mempunyai tempat tinggal yang selesa jika di bandingkan dengan mangsa-mangsa peperangan atau gempa bumi yang telah musnah tempat tinggal mereka. BERSYUKURLAH kita masih boleh mencari rezeki dan beraktiviti di luar rumah dengan rasa aman tanpa ancaman jika dibandingkan dengan negara2 yg bergolak & peperangan yang tiada penghujungnya. BERSYUKURLAH kita masih boleh merasai nikmatnya rasa makanan dan minuman yang lazat jika dibandingkan dengan negara2 yang sering dilanda kebuluran..
 
 BERSYUKURLAH kita masih mempunyai tubuh badan yang sempurna untuk beribadat dan melalui liku-liku dalam kehidupan seharian kita...

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

INGAT.....


Di antara lirik nasyid yang amat saya gemari. Mari kita renungkan bersama...

[Antara dua cinta]
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

 -SHARING IS CARING-

(Aku insan kerdil..)